eats,restaurant,food promotion,recipe
  latestrestaurants
 
[ more ]
  latestrecipes
 

[ more ]

  latestrecommendations
 

[ more ]



Custom Search
 
 
Text Link
Diy Day Banner

Advertise here ( RM20.00/day)

Advertise here ( RM20.00/day)
Diy Day Banner

Selera Zaman Lampau
Promotion   | Viewed 827 times 

Price Range : RM89++

Promotion from 11 Aug 2010 until 10 Sep 2010

´CITA Rasa Asli Malaya´ sempena Ramadan bakal membuka selera  pengunjung apabila lebih 70 lauk-pauk dihidang segar bermula pada hari pertama umat Islam berbuka puasa hingga malam Aidilfitri.

Bertemakan juadah zaman 1950-an, cita rasa Ramadan kali ini cukup berbeza apabila Hotel Grand Bluewave Shah Alam mahu mengembalikan pengunjung kepada selera zaman lampau yang pastinya menggamit kembali kenangan manis bersama keluarga, ibu tersayang dan sahabat handai di kampung.

Dengan hidangan di Semarak Cafe dan gerai yang memenuhi tingkat lobi, pengunjung pasti terpegun dengan pelbagai menu istimewa disediakan lebih empat chef terbaik dari dapur hotel berkenaan.

Hidangan berbuka puasa bermula jam 6.30 petang hingga 10 malam itu menampilkan pelbagai jenis ulam-ulaman seperti ulam raja, daun kadok, kacang botol dan istimewanya, daun selom dicicah sambal belacan.

Tidak ketinggalan, pelbagai jenis garden salad dihidang menghijau, udang dan kepah segar dihidang di atas ais batu, roti segar berselera dimakan bersama sup rusa serta sup tulang rawan memecah selera Ramadan.

Bagi memenuhi selera pengunjung yang cintakan hidangan tradisi Ramadan, bubur lambuk istimewa bakal memenuhi selera.

Pengurus Perhubungan Awam Hotel Grand Bluewave, Azlinda Mohamad, berkata rendang tok yang dihasilkan daripada ketulan daging segar manis serta ayam pencen masak kari bakal memikat selera pengunjung untuk tidak melepaskan peluang merasai kelazatan selera tradisi itu.

Sementara ikan masak merah asam pedas, udang goreng berlada, lala goreng bercili, kambing lada hitam adalah hidangan sampingan yang akan mengikat pengunjung daripada berganjak dari tempat duduk.

Bagi pengunjung yang sukakan masakan panas dan bakar, hotel pilihan ramai itu turut menyediakan hidangan kambing panggang, ikan bakar Portugis, kari ikan salmon bersama roti bengali.

Deretan gerai dihias indah menampilkan selera sate, nasi ambeng Tanjung Karang, ubi kayu rebus, mi kari, laksa dan kuetiau goreng.

Tidak lupa juga, hidangan pencuci mulut istimewa seperti cendol pulut, pengat pisang, kek lemon cheese, karamel dan hidangan panas seperti teh tarik, air bandung, sirap ros selasih dan air soya yang sungguh berkhasiat.

Menariknya, harga ditawarkan adalah bermula RM89++ seorang dan diskaun 30 peratus akan diberikan kepada pengunjung jika membuat tempahan pada Ramadan pertama hingga ke-10 dan pada malam Aidilfitri.

Bagi pemegang kad kredit terpilih, diskaun 20 peratus khas diberikan.

 
ENJOY THIS AT

PLACE MAP


View Hotel Grand Bluewave Shah Alam in a larger map

Semarak Cafe Semarak Cafe


Persiaran Perbandaran, 40000 Shah Alam, Selangor.
City : Shah Alam
State : Selangor

Tel : -
E-Mail : -



EMAIL
PRINT

Share     

 

 
RELATED PROMOTIONS

Cahaya Ramadan @PWTC

Iftar Ramadhan - Selamat Berbuka With Us!

Ramadan Buffet at hotel Syariah concept

Heritage Potpourri

Marriott Ramadan Marketplace @ Grand Ballroom

Iftar Indulgence At Renaissance Hotel

The Malaysia Ramadan Buffet

Buka Puasa Delights at Maya Brasserie

Kembali Kitchen Buka Puasa

Break fast at PNB Darby Park

BACK