eats logo

Recipe

Kari ayam beriani

Kari ayam beriani | Viewed 6389 times

Others



Nasi beriani enak dinikmati bersama kari sama ada ayam atau daging.

Untuk menjadikan masakan beriani lebih istimewa, kari yang dirumus harus ada kelainan tersendiri. Di Hotel Armada Petaling Jaya, kari ayam beriani yang disediakan boleh dinikmati bersama nasi beriani, nasi putih atau dicicah roti.

“Rahsia keenakan kari ayam beriani banyak bergantung kepada cara penyediaan tumisan bagi memasak kari. Untuk lebih sedap, lebihan minyak untuk menggoreng bawang digunakan untuk menumis kari bagi menjadikan masakan itu lebih sedap,” kata pakar masakan Melayu hotel berkenaan, Chef Kamsani Abdul Rahman.

Menurutnya, bawang goreng elok disediakan sendiri untuk menjadikan aroma nasi atau kari lebih enak kerana bawang goreng berkenaan boleh menimbulkan aroma tersendiri.

“Jangan terbiasa membeli bawang goreng di kedai. Bawang goreng yang dibuat sendiri lebih membangkitkan selera.

“Cara menyediakan masakan kari juga amat bergantung kepada rempah ratusnya. Kari ayam lebih enak dengan cara menumis rempah dan serbuk kari yang disediakan sendiri.

“Ketika menumis, kawal api dan tumis kira-kira lima minit menggunakan lebihan minyak menggoreng bawang sebelumnya.

“Susu cair yang digunakan juga harus dimasukkan dengan kawalan kerana jika terlebih, ia menyebabkan masakan terlalu berlemak dan menimbulkan rasa muak.

“Untuk itu, ketika merancang untuk memasak, ambil kira bilangan orang yang akan menikmati hidangan itu,” katanya.

Bagi menghasilkan kepekatan kari, dia menyarankan penggunaan 100 gram gajus yang dikisar lalu dicampur ke dalam santan bersama rempah kari berkenaan.

Daun ketumbar turut memainkan peranan penting dalam membangkitkan aroma nasi beriani dan kari ayam berkenaan.

Ingredients

Bahan (untuk hidangan lima orang):

  • 450 gram ayam (dipotong sederhana kecil)
  • 1 mangkuk minyak masak
  • 12 gram buah pelaga
  • 10 gram bunga lawang
  • 20 gram pes tomato
  • 25 gram serbuk kari
  • 20 gram serbuk rempah kari
  • 15 gram serbuk cili
  • 15 gram serbuk garam masala
  • 100 gram bawang merah (dikisar)
  • 100 gram bawang putih (dikisar)
  • 1 inci halia (dikisar)
  • 2 batang serai (dititik)
  • 15 gram badam (dibakar)
  • 7 helai daun kari
  • 5 tangkai cili kering (dikisar)
  • 1 mangkuk air
  • Garam

[Measurement Equivalents]

Method

Cara memasak:
1. Tumis bahan dikisar, daun kari, bunga lawang, buah pelaga dan kayu manis.

2. Masukkan serbuk rempah di atas dan air, kacau sehingga pecah minyak.

3. Masukkan ayam bersama serai, pes tomato dan badam serta garam.

4. Taburkan daun ketumbar sebagai hiasan.



 
Kari ayam beriani

Have you tried this recipe? Click here to leave a comment




  • Your email will not be published

  • Math Question*  = 

    Check your answer first before submit button is enabled

  • *Denotes required field

You might also like these


Sakura Fuji Japanese Restaurant
Sakura Fuji Japanese Restaurant
Restaurant
Newly Renovated.Food very good,many regular Japanese eating here.I like ...
Date: 04 May 2014
Comments  1
Rating
Nyuk Pau Beef Noodle
Nyuk Pau Beef Noodle
Restaurant
Yummy.... must try.... ...
Date: 03 May 2014
Comments  1
Rating
Meisan Szechuan Restaurant - Quality Hotel Shah Alam
Meisan Szechuan Restaurant - Quality Hotel Shah Alam
Restaurant
The quality of the food was good. But The Management of the restaurant is SUCK. Unbelievable!! MEISAN szechuan restaura ...
Date: 19 Apr 2014
Comments  1
Rating

Diy Day Banner

Advertise here ( RM25.00/day)


Advertise here ( RM25.00/day)


Diy Day Banner