eats logo

Recipe

Kari Kepala ikan ala nyonya

Kari Kepala ikan ala nyonya | Viewed 7351 times

Nyonya



HIDANGAN kari begitu digemari kebanyakan masyarakat kita. Kaya dengan rempah ratus semula jadi, hidangan kari ikan, ayam, daging, kambing atau apa saja sudah pasti menjilat jari.

Sejak seminggu lalu, kita disajikan dengan hidangan yang dibeli di luar saja. Apa kata kali ini, anda mencuba kari kepala ikan dengan gaya nyonya yang disajikan sempena Ramadan di Kites Restaurant Holiday Inn, Glenmarie Kuala Lumpur secara bufet.

Teknik memasaknya sama, namun resipi kali ini menggunakan ikan salmon sebagai kelainan yang menyelerakan. Sous Chef restoran berkenaan, Chef Muhamad Haniff Sukri berkongsi cara memasaknya untuk pembaca mencuba sendiri di rumah.

Tetapi, sekali-sekala jika ingin berbuka puasa di luar bersama keluarga, nikmati keenakan lebih 80 sajian istimewa yang disediakan di restoran berkenaan yang berlangsung hingga 19 September ini.

Dihidangkan secara bufet pada harga RM75 ++ (dewasa) dan RM40++ (kanak-kanak bawah usia 12 tahun). Untuk sebarang tempahan, hubungi 03- 7803 1000 sambungan 7915/ 7320/7321.

Selepas ini, bolehlah mencuba memasak kari kepala ikan dengan gaya nyonya sendiri di rumah.

Ingredients

  1. Kepala ikan Salmon
  2.  200gram (gm) bawang
  3. 100gm halia kisar
  4. 100gm bawang putih
  5. 100gm bawang - hiris
  6. 30mililiter (ml) santan
  7.  200gm stok air
  8.  200gm rempah kari ikan
  9. 20gm asam Jawa yang sudah dibancuh
  10.  20gm biji halba campur
  11.  1 biji terung
  12. 500gm bendi
  13.  4 tangkai daun kari
  14.  2helai serai
  15. 3helai cili merah dipotong empat
  16. 2 biji tomato dipotong
  17.  3 biji cili hijau dipotong empat
  18. Garam secukup rasa

[Measurement Equivalents]

Method

  1. Panas kan minyak dan masak bahan yang sudah dikisar.
  2. Masukkan halba campur, daun kari, serai sehingga naik bau.
  3. Masukkan rempah kari ikan dan bawang yang sudah dihiris.
  4. Selepas rempah masak, masukkan air asam jawa dan stok air.
  5. Masukkan santan. Kemudian tunggu sehingga ia masak.
  6. Selepas mendidih, masukkan kepala ikan salmon yang sudah digoreng
    rangup.

 
Kari Kepala ikan ala nyonya

Have you tried this recipe? Click here to leave a comment




  • Your email will not be published

  • Math Question*  = 

    Check your answer first before submit button is enabled

  • *Denotes required field

You might also like these


Sakura Fuji Japanese Restaurant
Sakura Fuji Japanese Restaurant
Restaurant
Newly Renovated.Food very good,many regular Japanese eating here.I like ...
Date: 04 May 2014
Comments  1
Rating
Nyuk Pau Beef Noodle
Nyuk Pau Beef Noodle
Restaurant
Yummy.... must try.... ...
Date: 03 May 2014
Comments  1
Rating
Meisan Szechuan Restaurant - Quality Hotel Shah Alam
Meisan Szechuan Restaurant - Quality Hotel Shah Alam
Restaurant
The quality of the food was good. But The Management of the restaurant is SUCK. Unbelievable!! MEISAN szechuan restaura ...
Date: 19 Apr 2014
Comments  1
Rating

Diy Day Banner

Advertise here ( RM25.00/day)


Advertise here ( RM25.00/day)


Diy Day Banner