eats logo

Recipe

Cucur Bawang

Cucur Bawang | Viewed 19638 times

Malay Cuisine



RESIPI ringkas seperti cucur bawang untuk hidangan bersama keluarga pada waktu petang menjadi kegemaran setiap peringkat usia.

Walaupun masakan yang disediakan mudah, jika dapat dinikmati bersama insan tersayang ketika bersantai pasti ia menjadi hidangan paling lazat.

Chef Ismail Ahmad berkata, hidangan ini boleh disediakan semua individu sungguhpun bagi mereka yang mengatakan diri tidak boleh memasak.

"Paling penting adalah adunan dan bahan yang disediakan untuk menghasilkan cucur berkenaan mengikut sukatan yang betul dan tidak keterlaluan.

"Tidak perlu mencampurkan bahan yang sukar didapati kerana menggunakan bahan sedia ada di dapur rumah sudah memadai," katanya ketika ditemui pada bengkel masakan Scott Memasak Seperti Chef yang diadakan di Bangsar, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Chef selebriti yang juga duta tuala dapur Scott ini berkata, imaginasi ketika memasak juga penting kerana dengan menggunakannya kita dapat membayangkan bentuk hidangan yang akan terhasil.

"Bayangkan seketika sebelum membuatnya agar bentuk dihasilkan tidak lari daripada hidangan yang sering dihidangkan sebelum ini," katanya.

Ikuti langkah mudah penyediaan cucur bawang yang disediakan Chef Ismail.

Ingredients

* 300 gram tepung gandum

* 250 mililiter (1 cawan) air

* 1\2 sudu kecil garam

* 1 sudu kecil gula

* 1 biji telur

* 3 sudu kecil udang kering

* 3 biji cili merah - dicincang

* 2 biji bawang besar - dicincang

* Kubis

* Daun kucai - dipotong kasar

Minyak untuk menggoreng

[Measurement Equivalents]

Method

1. SEDIAKAN semua bahan untuk menghasilkan cucur bawang.

2. PANASKAN minyak terlebih dulu. Pastikan minyak betul-betul panas sebelum menggoreng adunan cucur.

3. MASUKKAN tepung gandum, garam, telur, udang kering, cili merah, kubis, bawang besar dan daun kucai.

4. TUANG air sedikit demi sedikit ke dalam bekas berisi bahan tadi.

5. KACAU hingga sebati dan pastikan adunan tidak terlalu cair.

6. GUNAKAN sudu untuk memasukkan adunan ke dalam minyak yang panas.

7. BIARKAN ia masak ataupun kekuningan sebelum diangkat dan toskan minyaknya.

 
Cucur Bawang

Have you tried this recipe? Click here to leave a comment




  • Your email will not be published

  • Math Question*  = 

    Check your answer first before submit button is enabled

  • *Denotes required field

You might also like these


Sakura Fuji Japanese Restaurant
Sakura Fuji Japanese Restaurant
Restaurant
Newly Renovated.Food very good,many regular Japanese eating here.I like ...
Date: 04 May 2014
Comments  1
Rating
Nyuk Pau Beef Noodle
Nyuk Pau Beef Noodle
Restaurant
Yummy.... must try.... ...
Date: 03 May 2014
Comments  1
Rating
Meisan Szechuan Restaurant - Quality Hotel Shah Alam
Meisan Szechuan Restaurant - Quality Hotel Shah Alam
Restaurant
The quality of the food was good. But The Management of the restaurant is SUCK. Unbelievable!! MEISAN szechuan restaura ...
Date: 19 Apr 2014
Comments  1
Rating

Diy Day Banner

Advertise here ( RM25.00/day)


Advertise here ( RM25.00/day)


Diy Day Banner