eats logo

Reviews

Asam Pedas Mak Usu

Asam Pedas Mak Usu | Viewed 11388 times

Rating |
Comments  0




Resipi tradisi ibu dihidang kepada
pelanggan.



PENGUNJUNG dan orang ramai yang
melalui Taman Sri Gombak, Batu Caves, Kuala Lumpur tidak harus
melepaskan peluang menikmati sajian asam pedas Mak Usu. Enak dalam
menu asli masakan yang terkenal di negeri Johor, restoran berkenaan
menyediakan pelbagai masakan asam pedas dengan variasi ikan berbeza.


Memikat selera dan menjunjung rasa,
antara menu ikan istimewa yang disediakan ialah jenahak, pari, merah,
terubuk, tenggiri, kembong, sembilang dan patin. Tidak ketinggalan
sajian mi bandung Muar yang lazat.


Pemilik restoran Asam Pedas Mak Usu,
Muhammad Saiful Nazim Iskandar Mohd Salleh, berkata menu yang
disediakan untuk pengunjung setia restoran ini adalah asli selain
dimasak sendiri menggunakan resipi tradisi ciptaan ibunya, Rahmah
Saad.


"Ibu saya berasal dari Taiping,
namun bapa saya adalah orang Johor. Justeru, ibu saya mempelajari
masakan berkenaan dan mengadun mengikut cara tersendiri. Kelainan
masakan yang disediakan dapat anda bezakan berikutan kami
mementingkan mutu dan cita rasa asli masakan asam pedas ´setulus
kasih ibu´. Lagipun, kami memastikan agar ia sama, malahan melebihi
rasa seperti yang terdapat di negeri Johor," katanya ketika
ditemui, baru-baru ini.


Mengimbau idea membuka restoran
berkenaan, Iskandar menjelaskan beliau menceduk imaginasi dan
keseronokan tatkala meniti usia kanak-kanak.


Katanya, beliau banyak membesar di
Johor dan nostalgia menikmati asam pedas dan mi bandung sentiasa
menggamit hati.


Oleh itu, beliau tidak teragak-agak
membuka restoran berkenaan pada 5 Februari 2008. Sepanjang tiga tahun
beroperasi, bekas pemain ragbi Malaysia 2005 itu menjunjung prinsip
pelanggan adalah utama dan betul.


"Kami tidak hanya mementingkan
penyediaan makanan saja, namun turut menitikberatkan layanan dan
perkhidmatan terbaik buat pelanggan. Soal masa adalah penting bagi
mengelakkan pelanggan merungut dan menunggu terlalu lama.


"Mungkin atas faktor itu, ramai
yang sering berkunjung ke sini, antaranya pelakon, Aimi Jarr, Datuk
Aziz Satar, dan Azlee Senario," kata Iskandar.


Menariknya, restoran berkenaan dibuka
setiap hari bermula jam 10.30 pagi hingga 1.30 pagi. Tambahan pula,
restoran berkenaan mampu menampung hampir 70 pengunjung tatkala malam
menjelma berikutan ramai yang menyaksikan siaran bola sepak sambil
menghirup keenakan asam pedas berkenaan.


"Setiap malam kami menyediakan
10 meja lipat lain yang diatur di luar kedai memandangkan ada
permintaan. Pernah restoran ditutup selepas jam 6 pagi berikutan
siaran bola yang panjang. Tambahan, kami turut menyediakan pelbagai
masakan panas seperti mi goreng, nasi goreng dan lainlain,"
katanya.


Harga setiap asam pedas yang
disediakan sekitar RM3 ke atas, namun ia bergantung kepada jenis ikan
yang diambil. Eksklusifnya, set makan buat enam pelanggan dianggarkan
sekitar RM50 saja. Pasti menarik bukan?


Tidak ketinggalan pes asam pedas dan
pes mi bandung Muar yang dibekukan. Dengan kandungan bahan yang sama,
anda tidak perlu khuatir menyediakan masakan seenak ciptaan Mak Usu.


Hanya tambah air dan ikan terpilih,
anda bersedia menikmatinya bersama keluarga. Kata Iskandar lagi,
harga yang ditawarkan bagi pes berkenaan adalah berpatutan. Bagi pes
asam pedas, harga yang dibekalkan ialah RM6, manakala pes mi bandung
pula sekitar RM8 setiap satu. Perkhidmatan katering juga ada, namun
anda perlu berhubung dengan Iskandar terlebih dulu.


Jadi, bagi mereka yang berminat
dengan dengan keenakan asam pedas Mak Usu, bolehlah berkunjung ke
restoran berkenaan di No 3, Jalan SG1/1, Taman Sri Gombak, Batu Caves
atau hubungi Iskandar untuk tempahan katering mahupun pertanyaan
lanjut.


 


By Nurul Nadia Abdul Hamid, Berita Harian , 06 Mar 2010

 

View Restoran Asam Pedas Mak Usu in a larger map
Restoran Asam Pedas Mak Usu

Restoran Asam Pedas Mak Usu

Casual Dining

No 3, Jalan SG1/1, Taman Sri Gombak, Batu Caves , Gombak, WP Kuala Lumpur read more >>

 
Asam Pedas Mak Usu Asam Pedas Mak Usu Asam Pedas Mak Usu
Asam Pedas Mak Usu Restoran Asam Pedas Mak Usu

Click here to leave a comment




  • Your email will not be published

  • Math Question*  = 

    Check your answer first before submit button is enabled

  • *Denotes required field

You might also like these


Sakura Fuji Japanese Restaurant
Sakura Fuji Japanese Restaurant
Restaurant
Newly Renovated.Food very good,many regular Japanese eating here.I like ...
Date: 04 May 2014
Comments  1
Rating
Nyuk Pau Beef Noodle
Nyuk Pau Beef Noodle
Restaurant
Yummy.... must try.... ...
Date: 03 May 2014
Comments  1
Rating
Meisan Szechuan Restaurant - Quality Hotel Shah Alam
Meisan Szechuan Restaurant - Quality Hotel Shah Alam
Restaurant
The quality of the food was good. But The Management of the restaurant is SUCK. Unbelievable!! MEISAN szechuan restaura ...
Date: 19 Apr 2014
Comments  1
Rating

Diy Day Banner

Advertise here ( RM25.00/day)


Advertise here ( RM25.00/day)


Diy Day Banner