eats logo

Reviews

Itik Panggang halal

Itik Panggang halal | Viewed 19967 times

Rating |
Comments  0

MENU itik kurang popular di kalangan masyarakat Melayu. Namun bagi masyarakat Cina, itik antara sajian istimewa yang biasa dimasak dengan cara memanggang atau dikenali juga itik gantung. Jika ingin menikmati itik panggang halal, Restoran Hj Sharin Low tempat yang harus dituju.


Kedudukannya agak tersorok dan anda perlu mendaki ke puncak Bukit Antarabangsa di pinggir ibu kota. Bagaimanapun, mencari lokasi restoran Cina Muslim yang berhampiran Kondominium Athenaeum tidak begitu sukar jika mengikut alamat diberi.


Menurut pemilik restoran, Sharin Low Abdullah, biarpun lokasi restorannya agak tersorok, itu tidak menjadi masalah kerana pelanggan dari serata tempat datang ke situ semata-mata mahu mencari itik panggang.


Sejak dibuka tiga bulan lalu, itik panggang menu paling laris kerana kebanyakan orang Melayu datang bagi mencuba masakan itu.


"Mungkin sebilangan kaum Melayu berkeinginan mencuba itik panggang tetapi disebabkan ia tidak halal, niat itu terpaksa dilupakan. Itik biasanya dimasak rendang oleh orang Melayu tetapi orang Cina lebih suka panggang.


"Ia dipanggang untuk mengelak bau haiwan itu yang kurang enak dan minyak itik turut keluar ketika proses memanggang. Rasa itik juga kekal dengan memanggang berbanding dimasak rendang," katanya.


Itik panggang diadun ramuan tertentu dijual sama ada seekor, setengah atau suku. Sharin turut mempunyai restoran masakan Cina di Seksyen 19, Shah Alam sejak setahun lalu dan akan membuka cawangan di Wisma Dewan Perniagaan Cina, Jalan Ampang, dalam masa terdekat.


Beliau dalam proses membuka kios menjual Nasi dan Mi Itik Panggang Hj Sharin Low di Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Shah Alam serta menawarkan membuka kios secara francais bagi yang berminat.


"Itik sajian tradisional Hong Kong manakala sajian tradisional Cina kantonis ialah kambing. Kambing Tong Po yang sedikit berkuah dimasak campuran herba Cina dan Melayu dan enak dimakan bersama nasi atau dicicah roti," katanya.


Perniagaan restoran adalah turun temurun daripada ibunya. Kini sebagai generasi kedua, Sharin dan kakaknya masing-masing mengusahakan restoran sendiri.


Makanan istimewa lain di restoran itu ialah ketam bunga goreng telur masin, udang goreng mentega dan itik Sar Por iaitu dimasak dalam bekas tanah liat dan nasi ayam Kong Pau yang dimasak dengan lada kering.


Sementara itu, cuma ada empat jenis nasi goreng iaitu nasi goreng Cina, kampung, ayam dan makanan laut.


Menu ikan yang digemari pelanggan ialah ikan kukus Hong Kong dan ikan kukus halia mampu terjual sehingga 40 hingga 50 ekor sehari.


Walaupun menawarkan pelbagai menu masakan, restoran itu cuma ada satu pencuci mulut iaitu Fah Sang Hu atau krim kacang mentega.


"Manisan ini sajian asli Cina Kantonis yang rumit menyediakannya. Kerana itu ia jarang ditawarkan dalam menu di restoran Cina, cuma dihidang dalam majlis perkahwinan.


"Kacang dipanggang, digiling, dimasak dengan susu, mentega dan kacang. Rasa manis dikurangkan untuk kesihatan," katanya.


Air Lo Han Guo mengandungi tiga jenis buah iaitu longan, Lo Han Guo (sejenis buah dari China) dan kundur antara minuman popular di restoran itu. Disediakan hasil resipi Sharin, minuman itu membantu menyejukkan dan membuang kahak.


 


By Norainon Othman, Metro Ahad , 28 Mar 2010

 

View Restoran Hj Sharin Low in a larger map
Restoran Hj Sharin Low

Restoran Hj Sharin Low

Casual Dining

1 & 3 Jalan Wangsa 5A, Bukit Antarabangsa 68000, Ampang, Selangor read more >>

 
Itik Panggang halal Itik Panggang halal Itik Panggang halal
Itik Panggang halal Itik Panggang halal

Click here to leave a comment




  • Your email will not be published

  • Math Question*  = 

    Check your answer first before submit button is enabled

  • *Denotes required field

You might also like these


Sakura Fuji Japanese Restaurant
Sakura Fuji Japanese Restaurant
Restaurant
Newly Renovated.Food very good,many regular Japanese eating here.I like ...
Date: 04 May 2014
Comments  1
Rating
Nyuk Pau Beef Noodle
Nyuk Pau Beef Noodle
Restaurant
Yummy.... must try.... ...
Date: 03 May 2014
Comments  1
Rating
Meisan Szechuan Restaurant - Quality Hotel Shah Alam
Meisan Szechuan Restaurant - Quality Hotel Shah Alam
Restaurant
The quality of the food was good. But The Management of the restaurant is SUCK. Unbelievable!! MEISAN szechuan restaura ...
Date: 19 Apr 2014
Comments  1
Rating

Diy Day Banner

Advertise here ( RM25.00/day)


Advertise here ( RM25.00/day)


Diy Day Banner