eats logo

Reviews

Aneka sajian barat

Aneka sajian barat | Viewed 9853 times

Rating |
Comments  0

Mr Cook Western berani tampil kelainan di kawasan kampung.


HARI pertama beroperasi, penduduk sekitar tidak berani memasuki restoran itu kerana bimbang dikenakan bayaran mahal, namun, ternyata jangkaan mereka meleset apabila caj dikenakan sungguh berpatutan.


Paling utama, hasrat penduduk yang sebelum ini tidak berani menjejaki kaki untuk mengecapi makanan bertaraf hotel lima bintang itu tercapai apabila mereka boleh menikmati pelbagai hidangan Barat yang disediakan Mr Cook Western Restaurant (MCWR) itu.


Malah, keraguan mereka terhadap status halal tidak timbul apabila tukang masak yang menyediakan masakan Barat terbabit adalah pemilik restoran itu sendiri, Mohd Ghazaly Ibrahim, 52, yang berpengalaman luas dalam bidang perhotelan.


Lebih istimewa, bekas chef yang juga ´pakar´ penyediaan makanan Western itu turut mencipta sendiri sos menggunakan bahan tempatan menyebabkan rasa masakannya itu berlainan jika dibandingkan restoran makanan Barat lain di negeri ini.


Mohd Ghazaly berkata, beliau memilih untuk membuka restoran masakan Barat di kampung berbanding bandar kerana ingin memberi kelainan serta pilihan kepada penduduk.


Katanya, MCWR yang turut digelar ´Western Kampung´ menyediakan empat kategori masakan iaitu makanan Malaysia terbahagi 20 jenis; makanan kanak-kanak (lima); pasta Itali (lima) dan Steak House (lapan), selain 36 jenis minuman.


"Walaupun kita lebih mengkhususkan makanan Barat, masakan panas Thai seperti tom yam dan paprik turut disediakan bagi membolehkan pelanggan membuat pilihan.


"Namun, kebanyakan pelanggan lebih suka menempah masakan Barat seperti Chicken Chop, Beef Steak dan Spaghetti disebabkan mereka sudah muak menjamah hidangan Thailand itu," katanya.


Menurutnya, antara hidangan paling popular ialah Black Pepper Cheese Beef Steak kerana daging yang digunakan diimport khas dari New Zealand, selain disalut lapisan mentega juga rempah ratus tempatan, rekaan sendiri.


"Walaupun harganya mahal iaitu RM25 sekilogram, saya lebih suka memilih daging itu kerana isinya agak lembut berbanding produk tempatan.


"Ketika dipanggang, rempah ratus yang sudah dikisar itu akan meresap masuk menyebabkan mereka yang memakannya pasti merasai keenakan daging itu hingga ke isi dalam," katanya.


Beliau berkata, selain masakan itu, spageti lala turut menjadi pilihan pelanggan disebabkan rasa sosnya yang lazat, termasuk campuran banyak lauk segar seperti lala, udang dan juga sotong.


"Sos perlu digaul sebati dengan spageti selama beberapa minit sebelum dicampur pula dengan oregano dan juga lauk-pauk," katanya yang turut dibantu oleh isteri, Wan Semah Dollah, 52 serta dua anaknya, Budi Kamili, 25 dan Abdul Hakam, 23.


Walaupun penyediaan masakan di MCWR hampir sama dengan hotel, Mohd Ghazaly berkata, pengunjung tidak perlu khuatir mengenai harga kerana beliau tidak pernah mengenakan caj tinggi kerana prinsipnya, kepuasan hati pelanggan adalah paling utama.


Katanya, pelanggan tidak perlu berkunjung ke hotel kerana bahan serta kandungan yang digunakan untuk membuat stik sama.


"Tidak dinafikan, saya turut menggunakan ´French Mustard´ serta timun jeruk atau ´Gherkins Augurken´ dalam pembuatan sos stik kerana tanpa penggunaan kedua-dua bahan itu, rasa stik tidak akan sempurna.


"Lebih istimewa, saya akan memperkenalkan masakan stik terbaru di MCWR, bulan depan iaitu daging itik serati kerana tanggapan saya, tidak ada lagi restoran di Malaysia yang menyediakan resipi istimewa itu," katanya.


Menurutnya, MCWR turut menyediakan pelbagai pembuka selera, antaranya, Mix Salad with 1,000 Island Sauce, sup cendawan dan ubi kentang bakar, selain 36 jenis air minuman termasuk ais krim istimewa.


"Air Mocca Brazil, Cappuccino Cinnamon dan Cik Siti Cocktail yang menggunakan campuran lima jenis buah-buahan adalah minuman kegemaran pelanggan MCWR manakala Fruits Cocktail Ice cream serta Special Cook Float sentiasa menjadi pilihan kanak-kanak.


"Semua air minuman itu dijual antara RM2.50 hingga RM5 saja," katanya yang berhasrat membuka cawangan, awal tahun depan.


FOTO | Azlan Hafeez

 


By Azlan Hafeez, Metro Ahad , 09 May 2010

 

View Mr Cook Western Restaurant in a larger map
Mr Cook Western Restaurant

Mr Cook Western Restaurant

Casual Dining

Kampung Chempaka, Jalan Pengkalan Chepa 16100, Kota Bharu, Kelantan read more >>

 
Aneka sajian barat Aneka sajian barat Aneka sajian barat
Aneka sajian barat

Click here to leave a comment




  • Your email will not be published

  • Math Question*  = 

    Check your answer first before submit button is enabled

  • *Denotes required field

You might also like these


Chakra Restaurant
Chakra Restaurant
Restaurant
Wow - Amazing food and the best service in Malaysia. Would love to go again and again whenever I am in JB. Wish we have ...
Date: 16 Nov 2012
Comments  1
Rating
Satay Station
Satay Station
Restaurant
Overall is good but a bit expensive compared to satay samuri, the one thing i dont like is the peanut sauce kind of´drie ...
Date: 31 Aug 2012
Comments  3
Rating
Restoran Sekinchan Ikan Bakar
Restoran Sekinchan Ikan Bakar
Restaurant
Tahap kesedapan : biasa biasa ajer (mak mentua aku buat lg sedappp!!!!) Harga : mahal jika dibandingkan dgn harga (kateg ...
Date: 03 Sep 2011
Comments  7
Rating

Diy Day Banner

Advertise here ( RM25.00/day)


Advertise here ( RM25.00/day)


Diy Day Banner