eats logo

Reviews

Selera restoran buluh

Selera restoran buluh | Viewed 15367 times

Rating |
Comments  0

Terpesona melihat kreativiti dekorasi bahan daripada buluh di Restoran Istana Bambu di Jalan Hulu Klang, bersebelahan lebuh raya MRR2 berhampiran susur ke AU, Keramat.

Meskipun baru lebih dua bulan beroperasi, nama restoran dimiliki Ofisgate Properties Sdn Bhd itu kian menjadi sebutan, terutama penggemar hidangan tempatan di Lembah Klang.

Biarpun berada tidak jauh dari lebuh raya tetapi suasana restoran dibina di kawasan seluas 0.9 hektar itu memang tenang dan nyaman kerana ia menggunakan hampir sepenuh hiasan serta dekorasi daripada buluh.

Pemiliknya, Mohamad Zaki Dimyati, berkata selain mempunyai dekorasi unik, restoran berkenaan juga menyediakan beraneka jenis hidangan seperti menu popular masyarakat tempatan, masakan Thai, Cina serta makanan laut.

Menurutnya, andainya berkesempatan mengunjungi restoran itu, jangan ketinggalan mencuba beberapa hidangan popular iaitu daging salai masak lemak, udang goreng mentega, ayam lemon, asam pedas ikan jenahak dan ketam lada hitam.

Untuk minuman pula, pengunjung boleh mencuba minuman jus buah kedondong dan durian Belanda istimewa yang sukar diperoleh di tempat lain.

Katanya, hidangan pencuci mulut seperti bubur pulut hitam, pulut mangga, wafel serta ais krim juga enak untuk dicuba dan pastinya ia memenuhi selera pengunjung terutama si kecil.

"Setakat hari ini, restoran ini menyediakan lebih 100 jenis hidangan serta 30 jenis minuman yang boleh dinikmati secara ala carte. Harga makanan di restoran ini juga berpatutan dengan apa yang pelanggan nikmati kerana kami komited untuk menyediakan hidangan terbaik supaya berbaloi dengan wang yang dibayar.

"Demi memenuhi cita rasa pelanggannya yang berbilang kaum, menu restoran berkenaan akan ditambah daripada semasa ke semasa," katanya,

Bagi memastikan semua pesanan mampu disiapkan dalam tempoh kurang 30 minit pada waktu puncak, Mohamad Zaki menggunakan lima tukang masak profesional yang mahir dalam penyediaan hidangan tempatan dan Asia. Mereka dibantu 30 kakitangan berpengalaman yang sentiasa mesra melayan pengunjung.

Menjelaskan keunikan konsep hiasan buluh yang digunakan di restoran itu, Mohamad Zaki berkata dia dan rakan pernah meninjau beberapa restoran popular di kawasan Lembah Klang tetapi belum ada yang menggunakan dekorasi sebegitu.

Katanya, buluh mampu menyejukkan suasana dan menjadikan kawasan restoran itu tenang serta nyaman sama ada pada waktu siang mahu pun malam.

"Tidak seperti kayu atau batu, buluh lebih membantu dalam menjadikan suasana sesuatu kawasan lebih sejuk dan nyaman. Kami membina 13 gazebo yang semuanya daripada buluh dan pelanggan boleh bersila ketika menikmati hidangan. Ia turut dilengkapi kemudahan WiFi. Selain gazebo, pengunjung juga boleh memilih untuk menikmati hidangan di ruang utama.

"Suasana di restoran ini lebih tenang pada waktu malam dengan bunyian cengkerik meskipun ia terletak tidak jauh dari lebuh raya," katanya.

Sementara itu, bersempena ketibaan bulan penuh keberkatan, Ramadan, tidak lama lagi, restoran itu mengadakan promosi hidangan buka puasa secara bufet.

Kata Mohamad Zaki, dia sedang meneliti beberapa menu hidangan yang akan disediakan tetapi apa yang pasti, menu popular masyarakat tempatan seperti masak lemak atau asam pedas tidak akan dilupakan.

"Restoran ini sesuai dijadikan lokasi menikmati hidangan bersama keluarga kerana ia menyediakan suasana makan menarik dan selesa dengan iringan muzik perlahan yang membelai jiwa.

"Pengunjung tidak perlu risau mengenai tempat letak kereta kerana restoran ini menyediakan ruang luas yang cukup untuk memuatkan 100 buah kereta.

"Lebih penting, kami turut menyediakan surau yang boleh memuatkan seramai 35 jemaah pada sesuatu masa," katanya.

 


By Fairul Asmaini Mohd Pilus, Metro Ahad , 28 Jul 2010

 

View Restoran Istana Bambu in a larger map
Restoran Istana Bambu

Restoran Istana Bambu

Casual Dining

Lot 841- 844, Jalan Hulu Klang, Ampang, Selangor 68000, Ampang, Selangor read more >>

 
Kepuasan berganda

Kepuasan berganda

By Noriah Idris

RAMAI penggemar ketam atau makanan laut tercari-cari masakan berkaitan di tempat khusus yang menyediakan makanan itu, na... read more >>

 
Lure of the bamboo palace

Lure of the bamboo palace

By SIDNEY KAN

A CHANCE discovery leads SIDNEY KAN to Istana Bambu, a restaurant with beautiful settings and scrumptious dishes.Heading... read more >>

 
Ketam Mentega Bersalut Telur Masin

Ketam Mentega Bersalut Telur Masin

Seafood Cuisine

Restoran Istana Bambu lubuk makanan laut. Ketam Mentega Bersalut Telur Masin merupakan antara menu yang mendapat sambuta... read more >>

 
Daging Salai Masak Lemak

Daging Salai Masak Lemak

Malay Cuisine

Daging salai masak lemak adalah antara hidangan popular di Restoran Istana Bambu. read more >>

 
Selera restoran buluh Selera restoran buluh Selera restoran buluh
TARIKAN...Nurul Anis menunjukkan antara masakan yang menarik di Restoran Istana Bambu. SANTAI... ruang makan gazebo antara yang popular.
Fried crispy beef Tomyam seafood Hong Kong kai lan with salted fish
Ketam Mentega Bersalut Telur Masin Daging Salai Masak Lemak

Click here to leave a comment




  • Your email will not be published

  • Math Question*  = 

    Check your answer first before submit button is enabled

  • *Denotes required field

You might also like these


Chakra Restaurant
Chakra Restaurant
Restaurant
Wow - Amazing food and the best service in Malaysia. Would love to go again and again whenever I am in JB. Wish we have ...
Date: 16 Nov 2012
Comments  1
Rating
Satay Station
Satay Station
Restaurant
Overall is good but a bit expensive compared to satay samuri, the one thing i dont like is the peanut sauce kind of´drie ...
Date: 31 Aug 2012
Comments  3
Rating
Restoran Sekinchan Ikan Bakar
Restoran Sekinchan Ikan Bakar
Restaurant
Tahap kesedapan : biasa biasa ajer (mak mentua aku buat lg sedappp!!!!) Harga : mahal jika dibandingkan dgn harga (kateg ...
Date: 03 Sep 2011
Comments  7
Rating

Diy Day Banner

Advertise here ( RM25.00/day)


Advertise here ( RM25.00/day)


Diy Day Banner