eats logo

Reviews

Makan bersila

Makan bersila | Viewed 5947 times

Rating |
Comments  1

KEMEWAHAN rasa masakan negeri Cik Siti Wan Kembang di Kelantan Delights cukup membuatkan seseorang kecur apabila mengingatinya. Restoran menyajikan hidangan bertaraf lima bintang terletak di Sooka Sentral, KL Sentral, itu bukan saja menyajikan masakan tradisional Kelantan yang jarang ditemui di Lembah Klang, malah juga resipi yang diolah sendiri, masakan Thai dan Barat.

Nikmati terlebih dulu sirih kaduk, makanan pembuka selera Thai. Umpama makan sirih, semua bahan iaitu bawang merah dipotong dadu, isi kelapa bakar cincang, kacang tanah, hirisan kulit limau, halia, cili padi dimasukkan ke dalam daun kaduk sebelum dibubuh sambal udang kering sebagai pembangkit selera.

Jika nasi kerabu dan nasi berlauk cukup popular sebagai menu Kelantan, nasi tumpang tidak kurang hebatnya. Makanan tradisional Kelantan mengandungi nasi himpit itu dilapisi ikan tongkol, telur dadar, sambal tumis dan serunding itu. Di Kelantan Delights, ayam goreng turut disajikan bagi menambah keenakan masakan tradisional itu.

Chef restoran, Sukor Rahim berkata, Kelantan Delights yang terkenal dengan menu istimewa ciptaannya iaitu tom yam kelapa muda turut memperkenalkan beberapa menu baru seperti jenahak masak lemak pegaga, salad ayam percik sos dan Kelantan Club Sandwich.

Sajian asli serta gabungan Timur dan Barat itu ditawarkan dalam usaha mempelbagaikan masakan dan memenuhi cita rasa pelanggan.

"Jenahak masak lemak pegaga menu yang wajib dicuba. Masak lemak kuning yang pekat dan pedas itu pasti memenuhi cita rasa penggemar menu berasaskan ikan. Isi ikan manis rasanya ditambah asparagus sebagai pelengkap hidangan.

"Salad ayam percik sos sesuai untuk mereka yang hendak berdiet. Menu baru menggabungkan resipi tempatan dan Barat mengandungi ayam percik, buah, sayur dan salad yang digaul dengan thousand island," katanya.

Katanya, Kelantan Club Sandwich juga adunan selera Melayu dan Barat. Roti diapit ayam percik dan daging bakar, dimakan dengan salad dan kentang goreng serta sos percik.

Meneliti menu, terdapat banyak hidangan membangkit selera seperti udang masam manis, ikan masin dengan nanas, gulai darat, laksam Siti Wan Kembang yang berkuah belut, nasi ayam herba dan siakap atau kerapu masak kukus atau bakar.

Belut juga ditawarkan dalam pelbagai pilihan cara memasak seperti goreng bercili kering, berempah, masak lemak daun kaduk, daun selasih, masam manis, masak merah atau paprik.

Turut ditawarkan ialah masakan asli Kelantan, nasi budu iaitu nasi berlauk singgang, ikan bakar, ulam, budu dan durian serta masakan yang dinamakan mengikut tempat di Kelantan seperti sate Baung, kerepek Pasir Mas dan keropok Kuala Besar.

Antara hidangan ringan ialah lompat tikam, ketupat sotong, sira pisang, pulut ikan masin bakar, sri kaya, kuih seri muka, kuih talam dan ubi rebus.

Sementara itu, pengurus restoran, Mohd Hatta Ismail berkata, sempena Ramadan, restoran itu mengadakan bufet Ramadan yang menyajikan masakan Melayu, Thai dan Barat. Antara juadah ialah nasi dagang, nasi kerabu, tom yam, aneka sup, barbeku dan stimbot, aneka bubur, pisang dan keledek goreng.

"Kami menyediakan sajian berkonsep gerai iaitu ada gerai masakan Melayu, Thai dan Barat. Dengan tawaran RM49++ untk dewasa dan RM29++ untuk kanak-kanak, pelanggan pasti berpuas hati menikmati keenakan hidangan. Menu turut ditukar setiap hari," katanya.

Menurutnya, restoran mampu memuatkan 150 orang dalam satu masa, turut menyediakan sudut khas bagi pelanggan korporat yang ingin menganjurkan mesyuarat sambil menikmati hidangan.

Uniknya di restoran itu, pelanggan juga boleh menikmati hidangan dengan makan bersila.

 


By Norainon Othman, Metro Ahad , 15 Aug 2010

 

View Larger Map
Kelantan Delights

Kelantan Delights

Bistro

1-5, Level 1, Sooka Sentral, Jalan Stesen Sentral 50470, Brickfields, WP Kuala Lumpur read more >>

 
Cita rasa Cik Siti Wan Kembang

Cita rasa Cik Siti Wan Kembang

By Halina Mohd Noor

Hidangan dari Kelantan memang cukup terkenal kerana keenakannya. Berciri tersendiri, setiap hidangannya menggambarkan ke... read more >>

 
More than just Kelantan cuisine

More than just Kelantan cuisine

By Sager Ahmad

At Kelantan Delights, customers get their fill of Kelantanese cuisine served with a touch of fun and culture, writes SAG... read more >>

 
Makan bersila Makan bersila Makan bersila
Sirih daun kaduk sebagai pembuka selera
Aneka hidangan pemanis mulut Tom yam kelapa Teh goyang
Jenahak Masak Lemak Pegaga

Click here to leave a comment




  • Your email will not be published

  • Math Question*  = 

    Check your answer first before submit button is enabled

  • *Denotes required field

Recent Comment (1)

Posted by: zamzuarie | On: 24 August 2010

jom!!! for our buka puasa this weekend

Rating

You might also like these


Sakura Fuji Japanese Restaurant
Sakura Fuji Japanese Restaurant
Restaurant
Newly Renovated.Food very good,many regular Japanese eating here.I like ...
Date: 04 May 2014
Comments  1
Rating
Nyuk Pau Beef Noodle
Nyuk Pau Beef Noodle
Restaurant
Yummy.... must try.... ...
Date: 03 May 2014
Comments  1
Rating
Meisan Szechuan Restaurant - Quality Hotel Shah Alam
Meisan Szechuan Restaurant - Quality Hotel Shah Alam
Restaurant
The quality of the food was good. But The Management of the restaurant is SUCK. Unbelievable!! MEISAN szechuan restaura ...
Date: 19 Apr 2014
Comments  1
Rating

Diy Day Banner

Advertise here ( RM25.00/day)


Advertise here ( RM25.00/day)


Diy Day Banner