eats logo

Reviews

Soto Sungai Serdang

Soto Sungai Serdang | Viewed 7067 times

Rating |
Comments  1

BERMULA daripada perniagaan kecilkecilan keluarga, Restoran Soto Sungai Serdang yang mula beroperasi sejak 1986 kini terus menggamit penggemar soto di sekitar Klang, Kapar dan Meru, yang tahu erti kelazatan serta keaslian rasa soto berkenaan.

Dulu, hanya sebuah gerai kecil di bawah pokok tempat pelanggan menikmati soto tetapi kini ia berkembang menjadi sebuah perniagaan dengan premis yang lebih selesa.

Malah, restoran soto ini dibanjiri penggemar soto dari merata tempat bagi menikmati keistimewaannya dan ada yang sanggup datang jauh bagi merasai soto asli selain menikmati suasana kampung. Restoran itu juga pernah mendapat kunjungan pelanggan dari luar negara seperti Korea Selatan dan Jepun.

Pemilik restoran itu, Halimon Saring, 50, atau lebih mesra dipanggil Wak Limon, berkata beliau mempelbagaikan masakan berasaskan sup soto dengan menyediakan mi atau bihun soto bagi memenuhi selera pelanggan.

Katanya, pelanggan juga boleh memilih sama ada ingin menikmati soto bersaiz besar atau kecil, terpulang pada cita rasa mereka.

"Keistimewaan soto ini mungkin disebabkan resipi turun temurun dan air tangan yang diwarisi keluarga.

"Anak saya juga ada yang berminat dan sudah mempelajari cara membuat soto ini. Insya-Allah warisan jualan soto ini akan disambung oleh generasi anak saya pula.

"Buat masa ini kami tidak merancang untuk membuka cawangan lain kerana bimbang kualiti masakan soto ini akan terjejas. Setakat ini kami mahu majukan premis utama ini dulu," katanya.

Premis yang letaknya di Kampung Sungai Serdang, Kapar itu beroperasi setiap hari mulai jam 11 pagi hingga 11 malam.

Waktu operasi itu agak istimewa kerana tidak banyak kedai menjual makanan seperti soto beroperasi pada waktu siang.

Anak Wak Limon, Fendi Ikhwan, 28, adalah antara anaknya yang meminati bidang perniagaan itu mungkin kerana sudah biasa mengikuti perniagaan ibu bapanya sejak dulu.

Pelanggan, Razi Mansor, 23, mengakui soto yang dijual Wak Limon itu terkenal di sekitar pekan Kapar kerana keenakan ayam goreng yang dihidangkan bersama soto.

Info:

Restoran Soto Sungai Serdang

* Lokasi: Kampung Sungai Serdang, Kapar.

* Cara ke Kampung Sungai Serdang:

Dari Tol Bukit Raja, Klang, terus ke pekan Kapar dan masuk ke Kampung Sungai Serdang. Berhampiran Sekolah Kebangsaan Sungai Serdang.

* Menu: Soto, bihun soto, mi soto

 


By Nor Fariza Ramlan, Berita Harian , 21 Aug 2010

 

View Restoran Soto Sungai Serdang in a larger map
Restoran Soto Sungai Serdang

Restoran Soto Sungai Serdang

Casual Dining

Kampung Sungai Serdang, Kapar, Selangor. , Kapar, Selangor read more >>

 
Soto Sungai Serdang

Click here to leave a comment




  • Your email will not be published

  • Math Question*  = 

    Check your answer first before submit button is enabled

  • *Denotes required field

Recent Comment (1)

Posted by: izz | On: 03 May 2011

soto ni baru buke cawangan di shah alam. bleh dtg ramai2 sbb rase mmg 100 peratus sama. kat area hakim lama n dibelakang unisel. anjung 7 name tempat tu.. jom serbu...

Rating

You might also like these


Sakura Fuji Japanese Restaurant
Sakura Fuji Japanese Restaurant
Restaurant
Newly Renovated.Food very good,many regular Japanese eating here.I like ...
Date: 04 May 2014
Comments  1
Rating
Nyuk Pau Beef Noodle
Nyuk Pau Beef Noodle
Restaurant
Yummy.... must try.... ...
Date: 03 May 2014
Comments  1
Rating
Meisan Szechuan Restaurant - Quality Hotel Shah Alam
Meisan Szechuan Restaurant - Quality Hotel Shah Alam
Restaurant
The quality of the food was good. But The Management of the restaurant is SUCK. Unbelievable!! MEISAN szechuan restaura ...
Date: 19 Apr 2014
Comments  1
Rating

Diy Day Banner

Advertise here ( RM25.00/day)


Advertise here ( RM25.00/day)


Diy Day Banner