eats logo

Reviews

Makan 5 bintang, harga kaki lima

Makan 5 bintang, harga kaki lima | Viewed 8073 times

Rating |
Comments  1

MENGGUNAKAN tema `Makan Bintang Lima... Harga Kaki Lima´, Restoran Banafee Village milik keluarga pelakon Betty Banafe yang terletak di Jalan Datuk Abdullah Tahir berhadapan Hotel New York di Johor Bahru, Johor ini, sentiasa dipenuhi ramai pengunjung.

Dengan menampilkan gaya eksklusif dan suasana santai, Restoran Banafee Village menyediakan lebih lima menu utama, iaitu nasi padang yang menerima permintaan amat baik selain makanan Melayu, Cina, Barat dan Asia Barat dengan jumlah lebih 60 hidangan berbeza setiap hari.

Malah, apabila mencuba hidangan nasi padang di restoran ini, ternyata hidangan berkenaan amat mengagumkan sehingga semuanya dirasakan begitu sempurna dan lebih baik daripada mencuba hidangan di Jakarta mahu pun di Bandung, Indonesia.

Pengarahnya, Moonshee K, berkata menu nasi padang adalah paling digemari pengunjung ketika ini sejak restoran terbabit mula memperkenalkan hidangan berkenaan lapan bulan lalu dengan menawarkan hidangan termasuk ayam pop padang, dendeng padang dan rendang daging istimewa.

"Sejak menampilkan hidangan nasi padang dalam bufet buka puasa di restoran ini, kami menerima maklum balas yang begitu memberangsangkan daripada pengunjung sehingga hidangan nasi padang paling awal habis berbanding makanan lain," katanya.

Tukang masaknya pula, Azizal Ajis, 51, berkata hidangan nasi padang di restoran itu menggunakan 100 peratus rempah ratus yang asli dari Padang, Indonesia selain menu yang dimasak adalah 30 hidangan berbeza setiap hari.

"Hidangan nasi padang yang disediakan di sini ternyata mempunyai rasa asli yang mungkin agak berbeza daripada nasi padang di Jakarta dan Bandung kerana di sana menunya sudah dicampur sehingga mengurangkan keasliannya," katanya.

Selain nasi padang, pelanggan juga boleh mencuba keenakan hidangan makanan tempatan dan antarabangsa termasuk nasi ayam penyek, asam pedas ikan, nasi Arab, ayam goreng sos lada hitam serta pelbagai jenis minuman, termasuk kopi Banafee.

Monshee berkata, selain membolehkan pengunjung mencuba pelbagai hidangan dalam promosi harga bufet RM38++ untuk seorang dewasa dan RM17++ untuk seorang kanak-kanak itu, pengunjung juga boleh membuat pesanan secara ala carte.

"Pilihan mengikut kehendak masing-masing apatah lagi di Restoran Banafee Village, keselesaan pelanggan menjadi keutamaan kami dan kerana itu tempat yang disediakan boleh memuatkan kira-kira 650 pengunjung di bahagian bawah selain 330 orang di atas pada sesuatu masa," katanya.

Restoran Banafee Village turut menghidangkan juadah bersahur pada harga serendah RM5 bermula jam 1 hingga 5 pagi dan tambah menarik, pengunjung boleh mencuci kereta di situ ketika menjamu selera.

Malah, pengunjung yang datang secara berkumpulan 10 orang ke atas berpeluang membuat cabutan bertuah, yang bakal membolehkan mereka memenangi hadiah utama, iaitu pakej umrah tujuh hari selain wang tunai RM2,000 untuk tempat kedua dan RM1,000 bagi tempat ketiga.

 


By Umi Nadirah Abdul Rahman, Berita Harian , 04 Sep 2010

 

View Banafee Village in a larger map
Banafee Village

Banafee Village

Casual Dining

Jalan Dato Abdullah Tahir, 80300 Johor Bahru, Johor. 80300, Johor Bahru, Johor read more >>

 
Makan 5 bintang, harga kaki lima Makan 5 bintang, harga kaki lima

Click here to leave a comment




  • Your email will not be published

  • Math Question*  = 

    Check your answer first before submit button is enabled

  • *Denotes required field

Recent Comment (1)

Posted by: Hassan Hussain | On: 10 September 2010

Your rest.look nice but your staff unfriendly

Rating

You might also like these


Sakura Fuji Japanese Restaurant
Sakura Fuji Japanese Restaurant
Restaurant
Newly Renovated.Food very good,many regular Japanese eating here.I like ...
Date: 04 May 2014
Comments  1
Rating
Nyuk Pau Beef Noodle
Nyuk Pau Beef Noodle
Restaurant
Yummy.... must try.... ...
Date: 03 May 2014
Comments  1
Rating
Meisan Szechuan Restaurant - Quality Hotel Shah Alam
Meisan Szechuan Restaurant - Quality Hotel Shah Alam
Restaurant
The quality of the food was good. But The Management of the restaurant is SUCK. Unbelievable!! MEISAN szechuan restaura ...
Date: 19 Apr 2014
Comments  1
Rating

Diy Day Banner

Advertise here ( RM25.00/day)


Advertise here ( RM25.00/day)


Diy Day Banner