eats logo

Reviews

Kesegaran makanan laut

Kesegaran makanan laut | Viewed 7674 times

Rating |
Comments  0

SEBUT saja ikan dan beraneka makanan laut bakar, pasti ramai yang terliur seketika, membayangkan sajian yang panas terhidang dalam balutan daun pisang. Santapan bertambah enak apabila digandingkan dengan ulam-ulaman dicelup sambal belacan.

Pilihan menu ikan bakar atau makanan laut akan bertambah menyelerakan jika pilihannya segar selain gandingan kuah atau sambal yang dimasak mengikut cita rasa.

Perkara itu mudah bagi mereka yang duduk di kawasan pesisiran pantai, memang tiada curiga lagi kesegaran makanan laut dihidangkan. Berbeza bagi warga kota, agak sukar mencari sajian segar dan bagi yang sanggup menghabiskan masa berjam di jalan raya, menuju destinasi yang cukup popular dengan hidangan sebegini.

Kini, peminat ikan atau makanan laut bakar, mempunyai satu lagi pilihan. Restoran Teratak Ikan Bakar yang terletak di Kampung Baru, Kuala Lumpur, harus diletakkan dalam senarai lokasi yang harus dikunjungi.

Kedatangan anda pastinya disambut dengan susunan makanan laut yang terbukti kesegarannya, menunggu dibakar dan dihidangkan kepada anda.

Pengurusnya, Muhd Rusli Othman, berkata tetamu yang datang berkunjung pasti tidak akan pulang dengan perasaan hampa kerana sajian bukan saja segar malah disediakan dengan resipi istimewa. Berasaskan resipi Utara, sajian yang disediakan pasti menjadi kenangan manis buat pengunjung.

"Selain mengubat rindu pada masakan bakar cara Utara, kami juga menyediakan hidangan ikan bakar, sotong, udang dan ketam panggang," katanya ketika di temui, baru-baru ini.

Tetamu juga boleh memilih hidangan laut yang dimasak pelbagai jenis menu, baik sambal, asam pedas, berempah dan stim kari dan halia. Selain ikan dan pilihan makanan laut, pelanggan juga boleh menikmati ayam dan daging serta sayuran segar sebagai hidangan tambahan.

Rusli menjelaskan, Teratak Ikan Bakar juga menyediakan ulamulaman bersama kari ikan dan sambal belacan bagi setiap pilihan menu ikan bakar di samping hidangan nasi lemak Utara dan nasi putih panas bersama tomyam campur.

"Untuk mereka yang tidak pernah cuba nasi lemak Utara, bolehlah datang untuk menikmatinya. Ia juga enak digandingkan dengan ikan bakar masak sambal dan rasanya pastinya memenuhi selera anda," katanya.

Restoran Ikan Bakar yang dibuka sejak awal Ramadan lalu mempunyai dua ruang makan berbeza. Bagi mereka yang ingin duduk makan sambil menikmati kedinginan, bolehlah memilih kawasan berhawa dingin.

Setiap menu hidangan ikan seperti kerapu, siakap dan pari berharga antara RM30 ke atas bergantung pada harga pasaran begitu juga dengan udang, sotong dan ketam masing-masing pada RM16 ke atas.

INFO

* Lokasi: Restoran Teratak Ikan Bakar Lot 103A Jalan Raja Abdullah Kampung Baru Kuala Lumpur.

 


By Fatin Hafizah Mohd Shahar, Berita Harian , 04 Dec 2010

 

View Restoran Teratak Ikan Bakar in a larger map
Restoran Teratak Ikan Bakar

Restoran Teratak Ikan Bakar

Fine Dining

Lot 103A Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru Kuala Lumpur. 53100, Kampung Baharu, WP Kuala Lumpur read more >>

 
Kesegaran makanan laut Kesegaran makanan laut

Click here to leave a comment




  • Your email will not be published

  • Math Question*  = 

    Check your answer first before submit button is enabled

  • *Denotes required field

You might also like these


Chakra Restaurant
Chakra Restaurant
Restaurant
Wow - Amazing food and the best service in Malaysia. Would love to go again and again whenever I am in JB. Wish we have ...
Date: 16 Nov 2012
Comments  1
Rating
Satay Station
Satay Station
Restaurant
Overall is good but a bit expensive compared to satay samuri, the one thing i dont like is the peanut sauce kind of´drie ...
Date: 31 Aug 2012
Comments  3
Rating
Restoran Sekinchan Ikan Bakar
Restoran Sekinchan Ikan Bakar
Restaurant
Tahap kesedapan : biasa biasa ajer (mak mentua aku buat lg sedappp!!!!) Harga : mahal jika dibandingkan dgn harga (kateg ...
Date: 03 Sep 2011
Comments  7
Rating

Diy Day Banner

Advertise here ( RM25.00/day)


Advertise here ( RM25.00/day)


Diy Day Banner