eats logo

Reviews

5 sajian baru Restoran Rebung

5 sajian baru Restoran Rebung | Viewed 9003 times

Rating |
Comments  0

SESIAPA menyukai masakan kampung cita rasa asli, pastinya cukup mengenali lokasi makan milik Chef Ismail dan rakan kongsinya, Datuk Sheikh Muszaphar Shukor.

Terletak di Lorong Maarof, Bangsar, restoran Rebung cukup terkenal dengan sajian lauk-pauk kampung dari Negeri Sembilan seperti gulai lemak daging salai, patin tempoyak, rebung perut dan masak lemak cili padi selain lebih 50 hidangan enak lain.

Baru-baru ini, berlangsung majlis ringkas pelancaran lima menu baru restoran Rebung terdiri daripada masakan tradisi Kelantan dan Terengganu, antaranya ayam percik, ketupat sotong serta variasi resipi ketam.

Kata Chef Ismail, Rebung masih mengekalkan konsep asalnya dengan mengetengahkan menu tradisi kerana ketika ini, ramai penghuni kota semakin menerima makanan selera kampung.

"Pengunjung pertengahan usia juga memilih masakan cita rasa kampung dengan alasan dapat menggamit kembali zaman muda di kampung.

"Selain itu, menu baru ini juga disasarkan untuk pelanggan kami yang kebanyakannya terdiri daripada pelancong luar negara," katanya.

Bagi menambah kemeriahan suasana desa di restoran ini, konsep gerai turut diperkenalkan, yang mana proses penyediaan makanan akan dilakukan di depan mata pengunjung.

Idea itu membolehkan orang ramai menikmati makanan yang bukan saja terjamin kualiti rasa, malah masih panas tatkala ingin dinikmati. Selain itu, konsep live stall juga membolehkan pengunjung asing mencuba sendiri kaedah masakan tradisi seperti roti jala dan sate.

Selain itu, restoran Rebung memilih untuk menyajikan makanan Barat pada waktu malam bagi memberikan lebih pilihan kepada pengunjung.

INFO

* Lokasi: Restoran Rebung 4-2 Lorong Maarof, Bangsar Park, Kuala Lumpur

* Tel: 03-22822119/22824776

* Harga bufet:

Makan tengah hari: RM38 (dewasa), RM25 (kanak-kanak) Hi-tea: RM30 (dewasa), RM20 (kanak-kanak) Makan malam: RM48 (dewasa), RM30 (kanak-kanak)





 


By Siti Nur Almizan Aripin, Berita Harian , 18 Feb 2011

 
Restoran Rebung

Restoran Rebung

No. 4-2, Lorong Maarof Bangsar Park 59000, Bangsar, WP Kuala Lumpur read more >>

 
5 sajian baru Restoran Rebung 5 sajian baru Restoran Rebung 5 sajian baru Restoran Rebung
5 sajian baru Restoran Rebung 5 sajian baru Restoran Rebung

Click here to leave a comment




  • Your email will not be published

  • Math Question*  = 

    Check your answer first before submit button is enabled

  • *Denotes required field

You might also like these


Chakra Restaurant
Chakra Restaurant
Restaurant
Wow - Amazing food and the best service in Malaysia. Would love to go again and again whenever I am in JB. Wish we have ...
Date: 16 Nov 2012
Comments  1
Rating
Satay Station
Satay Station
Restaurant
Overall is good but a bit expensive compared to satay samuri, the one thing i dont like is the peanut sauce kind of´drie ...
Date: 31 Aug 2012
Comments  3
Rating
Restoran Sekinchan Ikan Bakar
Restoran Sekinchan Ikan Bakar
Restaurant
Tahap kesedapan : biasa biasa ajer (mak mentua aku buat lg sedappp!!!!) Harga : mahal jika dibandingkan dgn harga (kateg ...
Date: 03 Sep 2011
Comments  7
Rating

Diy Day Banner

Advertise here ( RM25.00/day)


Advertise here ( RM25.00/day)


Diy Day Banner