eats logo

Reviews

Menu Timur Tengah

Menu Timur Tengah | Viewed 7624 times

Rating |
Comments  0

BUKAN sekadar ayam tetapi nasi Arab (Mandy) yang enak dengan pelbagai perasa ayam boleh dipilih sama ada goreng atau panggang, berempah dan perisa biri-biri turut dihidang di Restoran Fried Chicken House (RFCH) yang terletak di Shah Alam, Selangor.

Menurut pengurus operasi restoran berkenaan, Samsul Bahari, antara menu yang paling mendapat sambutan adalah set nasi Arab bersama ayam goreng disajikan bersama segelas minuman.

"Inilah set yang paling popular kerana dengan kadar harga bawah RM10 dan semuanya ada iaitu nasi dan air minuman, begitu menguntungkan mereka yang mempunyai bajet sederhana terutama si bujang mahupun yang masih bergelar pelajar.

"Oleh kerana berdekatan dengan kampus Universiti Teknologi Mara, ada kalangan penuntut menjadi pelanggan tetap kerana dianggap berbaloi di segi harga dan makanan yang enak.

"Sesuai dengan konsep sebagai restoran makanan segera yang menekankan konsep ´halal´ dan hidangannya sentiasa panas, sudah tentu ia menjadi tumpuan ramai sejak dibuka April lalu.

"Oleh kerana nasi Arab adalah keutamaan restoran ini, kualiti nasi amat dipentingkan dengan memastikan kualiti dan aromanya sentiasa kekal hasil rempah ratus tersendiri ia tarikan penting pelanggan kami," katanya.

Samsul juga mengatakan, pada setiap Jumaat restoran beroperasi seperti biasa tetapi ditutup sementara dari jam 12 tengah hari dan dibuka semula pada jam 2.30 petang bagi menghormati umat Islam mengerjakan ibadat.

Restoran yang beroperasi pada setiap hari bermula seawal 10 pagi dan ditutup pada jam 11 malam, menjadi tumpuan bukan hanya penuntut sebaliknya ramai yang datang berkumpulan serta bersama keluarga kerana banyak pilihan makanan disediakan. Selain set nasi Arab dan ayam goreng, ada 11 pilihan lain yang boleh ditempah secara ´ala carte´.

"Sebenarnya, restoran kami menyediakan masakan berasaskan ayam dengan menu Timur Tengah (nasi Arab) dan masakan Barat, adalah milik penuh Bumiputera. Sesuai dengan konsep keluarga iaitu untuk kanak-kanak hingga golongan dewasa, untuk itu makanan yang diolah juga berdasarkan kegemaran masing-masing," katanya.

Antara makanan segera berasaskan ayam termasuk burger ayam mahupun burger dipanggang, burger berkeju, masala hot dog, burger berperisa ayam pedas serta rangup, kentang wedges yang berkrim (cheezy), kentang goreng bawang, spageti bebola daging dan karbonara serta banyak lagi.

Ditanya mengenai aspek makanan bergoreng yang dikatakan punca kepada obesiti, Chef Abdul Halim Hassan pula menyatakan bahawa kebanyakan masakan berbentuk gorengan di restoran itu dikawal selia menggunakan mesin khas yang berfungsi sebagai ´pengasing dan penyejat´ minyak mengikut piawaian ditetapkan. Begitu juga, katanya, sup disediakan untuk dimakan bersama nasi Mandy adalah daripada air rebusan yang terkawal lemaknya.

RFCH mampu memuatkan hampir 180 pelanggan dalam satu-satu masa. Kemudahan bilik mesyuarat dan tempahan secara berkumpulan bagi mengadakan majlis juga digalakkan.

ALAMAT: No 27-G, Jalan Kristal AS 7/AS, 40000 Shah Alam, Selangor.

TELEFON: 03-5512 4104 atau layari:

WEB: www.friedchickenhouse.com



 


By Noriah Idris, Metro Ahad , 10 Jul 2011

 

View Restoran Fried Chicken House (RFCH) in a larger map
Nasi Mandy (biri-biri)

Nasi Mandy (biri-biri)

Arabian

Menu istimewa Timur Tengah di Restoran Fried Chicken House (RFCH), Shah Alam. read more >>

 
Menu Timur Tengah Menu Timur Tengah Menu Timur Tengah
Menu Timur Tengah Menu Timur Tengah Nasi Mandy (biri-biri)

Click here to leave a comment




  • Your email will not be published

  • Math Question*  = 

    Check your answer first before submit button is enabled

  • *Denotes required field

You might also like these


Chakra Restaurant
Chakra Restaurant
Restaurant
Wow - Amazing food and the best service in Malaysia. Would love to go again and again whenever I am in JB. Wish we have ...
Date: 16 Nov 2012
Comments  1
Rating
Satay Station
Satay Station
Restaurant
Overall is good but a bit expensive compared to satay samuri, the one thing i dont like is the peanut sauce kind of´drie ...
Date: 31 Aug 2012
Comments  3
Rating
Restoran Sekinchan Ikan Bakar
Restoran Sekinchan Ikan Bakar
Restaurant
Tahap kesedapan : biasa biasa ajer (mak mentua aku buat lg sedappp!!!!) Harga : mahal jika dibandingkan dgn harga (kateg ...
Date: 03 Sep 2011
Comments  7
Rating

Diy Day Banner

Advertise here ( RM25.00/day)


Advertise here ( RM25.00/day)


Diy Day Banner