Me'nate Steak Hub Lancar Ramadan Mubarak Iftar Platter dan Mubarak Iftar Nate-Box with eatsmy
Malaysia Food

Me’nate Steak Hub Lancar Ramadan Mubarak Iftar Platter dan Mubarak Iftar Nate-Box di semua cawangan

Alan Lim

Me'nate Steak Hub Lancar Ramadan Mubarak Iftar Platter dan Mubarak Iftar Nate-Box with eatsmy

Event: Me’nate Ramadan Previews 2022
Date: 23rd Mar 2022
Venue: Me’nate Steak Hub (Shah Alam)

Sajian Ramadan kali ini agak berbeza dengan tahun lepas 2021 kerana Me’nate Steak Hub menyediakan hidangan istimewa “Mubarak iftar Platter’ untuk ‘Dine-In” dan “Mubarak Iftar Nate-Box’ yang bakal membuatkan para pelanggan tidak sabar untuk mencuba pada Ramadan ini. “Ramadan Preview’ kali ini disempurnakan oleh Pengarah Urusan serta Ketua Pegawai Eksekutif PBRSB Tuan Syed Ashraf Bin Syed Ali dan serta 2 (dua) lagi pengarah PBRSB Tuan Syed Omar Bin Syed Abdullah dan En. Azuan Arif Bin Mohd Ariffin.

Me'nate Steak Hub Lancar Ramadan Mubarak Iftar Platter dan Mubarak Iftar Nate-Box with eatsmy

Antara yang menarik bagi pelanggan yang membeli Mubarak Iftar Platter adalah akses percuma ke ‘Mini Buffet – Appetizers & Deserts” yang akan menampilkan pelbagai menu pembuka selera dan pencuci mulut yang lazat. Tema tahun ini berkonsepkan kekeluargaan dalam suasana baru dan norma baru yang lebih segar dan santai serta menyemarakan semangat Ramadan bersama keluarga, rakan dan rakan sekerja anda sambil menikmati juadah Mubarak Iftar Platter.

Sempena bulan Ramadan yang mulia, Me’nate Steak Hub di kesemua cawangan menyajikan menu istimewa ini dengan hidangan yang pasti menggembirakan orang ramai iaitu Steamed Persian Rice, Full slab BBQ Wa’gyu/Angus Beef Ribs, Persian Style Grilled Ribeye Steak, Mediterranean Braised Lamb shank, Persian Style Braised Whole Lamb Shoulder, Roasted Bbq Chicken, Sahawigq, Pepperoni Pizzadillas, Nachos Bbq Beef, Mammamia Beef Carbonara Pasta, Seafood Aglio E Olio pasta serta pilihan minuman dalam jug seperti Cha bang, Orange Sunset , House-made Chrysanthemum, Watermelon Mint dan pelbagai lagi menu ala-carte untuk sajian yang mewah serta berkualiti yang memenuhi selera pelanggan Me’nate.

Selain daripada menu-istimewa Ramadan ini, Me’nate masih lagi menyajikan semua menu-menu ala carte lain mengikut di dalam buku Menu Standard Me’nate.

Me'nate Steak Hub Lancar Ramadan Mubarak Iftar Platter dan Mubarak Iftar Nate-Box with eatsmy

Lebih istimewa tahun ini bagi pelanggan yang berbuka puasa di rumah mereka boleh menempah sajian Mubarak Iftar Nate-Box Me’nate menyediakan pilihan Nate-Box Heavenly Menate, Nate-Box Heavenly Lamb dan Nate-Box Heavenly Ribs yang di hidangi dengan pelbagai daging stik premium dan halal. Pilihan set Nate-Box standard juga masih disediakan bagi yang ingin menempah selain daripada Edisi Ramadan.

Sempena Ramadan 2022, Me’nate menawarkan pakej “Early Bird: dengan diskaun 15% bagi yang menempah awal sebelum 31 Mac 2022.

Me’nate Steak Hub juga menawarkan pekej menarik untuk tempahan Jamuan Korporat Ramadan buat syarikatsyarikat korporat yang ingin mengatur jamuan berbuka puasa buat kakitangan syarikat.

Me'nate Steak Hub Lancar Ramadan Mubarak Iftar Platter dan Mubarak Iftar Nate-Box with eatsmy

Selain daripada itu Me’nate juga menyediakan peluang kepada syarikat korporat yang ingin melaksanakan CSR dan Amal Jariah di bulan Ramadan ini dengan menyediakan Pakej Infak istimewa dengan tema “Sesekali Kita Infak Makanan Premium” untuk diagihkan kepada golongan Asnaf/Tahfiz/Anak Yatim yang memerlukan untuk berbuka puasa. Antara pakej yang ditawarkan adalah Pakej Infaq Platinum (300-450pax), Pakej Infaq Gold (200-250pax) dan Pakej Infaq Silver (100-150pax), Bagi syarikat yang berminat boleh berhubung terus dengan pegawai perhubungan korporat kami untuk maklumat lanjut di talian 019-4771047.

Untuk sebarang urusan tempahan sama ada tempahan awal, tempahan jamuan korporat, tempahan pakej infaq boleh menghubungi Me’nate di talian 03-4141 9133, WhatsApp 019-3911047.

Me'nate Steak Hub Lancar Ramadan Mubarak Iftar Platter dan Mubarak Iftar Nate-Box with eatsmy

Me’nate juga ingin menzahirkan ucapan terima kasih terhadap semua sokongan yang diberikan oleh semua pelanggan terhadap jenama Me’nate selama ini dan kami ingin mengambil peluang untuk mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan Al Mubarak kepada semua pelanggan Me’nate. Pastinya kami mahukan setiap pelanggan untuk menkmati pengalaman yang terbaik bersama Me’nate.

Untuk mendapatkan lebh banyak promosi terkini dan menarik, layari Facebook Me’nate Steak Hub di https//www.facebook.com/menatesteakhub

Facebook : www.facebook.com/menatesteakhub
Instagram : www.instagram.com/menatesteakhub
No Tel : 010-9091047 (HQ)

Me'nate Steak Hub Lancar Ramadan Mubarak Iftar Platter dan Mubarak Iftar Nate-Box with eatsmy

Leave A Comment